Rabu, 4 Mac 2015
BERJALAN MENYUSUR MENCARI KEHIDUPAN~~~
Assalamualaikum... salam persahabatan buat teman~teman, hari ini aku bagaikan hidup kembali dari kematianku, aku bagaikan baru kluar dari kepompong yang aku sendiri ciptakan, aku terasa terkurung dalam dunia sendiri, aku bagaikan tidak bebas dan tak yakin dengan apa yanga aku ada, hari ini aku memulakan langkah untuk mencari kembali kehidupanku yang pernah ku lalui dulu, kehidupan yang aku pernah impikan kecantikan,kemesraan, keseronokkan dan keselesaan.
Dulu aku pernah menulis, aku pernah ada blog sendiri ,tapi selepas aku mula menjangkau usia remaja aku jadi malas nak buat semua nei, malas nak fikir pasal isu semasa, malas nak berkawan, malas nak menaip .. hu3~~~ yang menjadikan aku malas adalah selepas aku mula rasa yang menulis nei takde benefit langsung untuk aku..
Dulu aku tak pernah menghargai penulisan, yang aku tahu hanya caci maki kat orang yang aku tak suka, biasa lah kan zaman tak matang nak di katakan, :)
Sekarang aku ingin mencari semula keseronokkan yang aku pernah dapatkan dulu, tapi dulu mungkin aku seronok dengan mencipta ayat makian, tapi hari ini mungkin aku nak berseronok dengan membuatkan teman~ teman aku seronok dengan bahan bacaan aku. semoga hati aku thabat dan cekal dan penulisan yang tak pernah aku hargainyaa masa dulu.
Masa telah mengubah banyak benda dalam kehidupan aku, aku kini sudah bergelar mahasiswa timur tengah , mungkin aku juga perlu berubah ke arah pemikiran mahasiswa. kehidupanku Alhamdulillah selesa buat masa sekarang dan aku bersyukur aku sedar dari tidur sebelum aku hanyut di badai ombak. huhuhu. bermadah lah pulak aku nei. blog nei aku buat bukan nak buat ayat~ayat makian macam dulu, tapi kalau boleh aku nak isi blog aku nei dengan kata- kata hikmah yang aku mungkin ciptakan sendiri untuk aku terus bersemangat menempuhi cabaran dunia yang penuh cabaran buat aku ini, mungkin dalam blog nei pun aku akan selitkan kisah~kisah menyayat hati saudara~saudara kita yang kurang bernasib baik, contohnya mcam keadaan pelarian syria kat tempat aku belajar nei. banyak yang aku boleh kongsikan, klau catatan aku nei aku update setiap minggu mungkin dengan benda nei aku boleh bercerita kat teman~teman aku di hari tua kelak. :)
'MUDA ADALAH MASA YANG TIDAK BOLEH DI UNDURKAN ANDAI TERLEPAS WALAUPUN SEDETIK'
Betulkan? bayangkan kalau hari ini kita isi waktu muda remaja kita dengan hanya keseronokkan dunia, mungkin tu cuma untuk hari nei jer, esok lusa kita tak tahu macam mana keadaan kita, suka ataupun duka, kemungkinan kita bakal merindui detik waktu muda kita. klau macam tu, sekaranglah masanya untuk kita penuhi masa kita dengan sesuatu yang berfaedah, mungkin dunia penulisan bagi orang luar mereka rasa kita sedang membazirkan waktu kita dengan benda yang tak berguna, tapi bagi kita apa yang kita tulis itu lah saksi buat kita sebab tu lah sebelum kita nak menulis benda kita pikir betul betul, bukannya tulis ikut hati jer.
Aku rasa cukuplah celoteh aku untk hari ini. doakan aku berjaya yer, aku pun manusia biasa gak yang penuh dengan titik~titik hitam di hati, he3....
bye3~~ sekian, akhukum fil islam az..hambafakir.....
#jadi diri sendiri, jangan terlalu berlakon dalam kehidupan #
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan