Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman,
Hai teman-teman dan sahabat-sahabat sekelian!!! , apa yang aku katakan dalam tajuk kali nei mungkin ada hubungkaitnya dengan kehidupan aku, perjalanan hidup aku hampir semua di penuhi ujian, betul lah kan? tanpa ujian manusia takkan mengenal erti kematangan dalam kehidupan. sebenarnya orang lain pun hadapi ujian dalam setiap detik kehidupan mereka tapi mereka tak sedar bahawa apa yang mereka hadapi tuh adalah suatu ujian. bagi mereka apa yang mereka dapat tuh musibah yang bakal merosakkan kehidupan mereka tapi hakikatnya tidak kerana itu adalah suatu ujian yang membolehkan mereka terus bersemangat untuk menghadapi liku- liku kehidupan yang bagi aku penuh dengan cabaran dan dugaan, percayalah setiap apa yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri dan ada nilai-nilai kebaikkan andai kita renungkan dan fikir-fikirkan dengan hati yang waras ... bak kata pepatah 'ADA UDANG DI SEBALIK MEE' :) kalau pikir2kan kenapa dalam mee tuh ada udang? mesti nak bagi mee tuh sedap kan? hehehe~
Rata-rata manusia zaman sekarang selalu menyalahkan tuhan andai gagal dalam kehidupan, RILEK LAH BRO!!!!! tu baru permulaan hidup kau, kita tak tahu esok apa yang akan jadi kat kita. mungkin hari ini kita gagal tapi esok kita berjaya, bak kata 'ustazah' aku dulu " semuanya dengan izin Allah" kuang3~
Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya melanjutkan pelajaran kat Timur Tengah , banyak aku belajar kat sini, cara berkawan, bagaimana itu musuh dan bagaimana itu kawan. pengalaman yang paling aku suka yang paling banyak aku belajar kat sini adalah erti belas kasihan dan erti kemanusiaan, aku kat sini di beri peluang untuk menyertai misi kemanusian untuk bantuan kepada pelarian-pelarian syria, kat tempat aku belajar nei ramai pelarian-pelarian syria masuk ke sini selepas revolusi yang berlaku kat syria pada 15 mac 2011 dulu, sampai sekarang rakyat-rakyat syria semakin berpusu-pusu masuk ke negara ini kerana kekejaman basyar al-asad yang semakin hari semakin menjadi-jadi. kekejamannya menusuk sehingga di rasai ke tulang anak-anak Syria yang tidak berdosa.
Di jordan nei ada satu kem yang di namakan kem zaatari, 10 km dari sempadan syria, kem nei boleh di katakan antara kem yang terbesar di jordan yang menempatkan pelarian syria yang terkesan dengan revolusi syria pada tahun 2011. Sehingga ke hari ini pelarian syria yang masuk ke Jordan nei dah hmpir mencecah 250 ribu dalam satu-satu masa, bayangkan satu kem yang memuatkan angka sedemikian mesti susah untuk kita mengagak keluasan tanah dan kepadatan kehidupan mereka kat sana.
sepanjang aku mengikuti perjalanan misi kemanusiaan kat sini aku jumpa pelbagai ragam manusia, maklumlah apabila kita berdepan dengan ribuan manusia kan mesti banyak ragamnya bak kata pepatah ' Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam' . so, apa yang kita boleh ikut kita ikut jer lah, ape yang memang terang lagi bersuluh salah tuh ambik letak kat tepi, bak kata kawan-kawan kami yang masyhur kat sini ' dengar boleh percaya jangan' ki3~
macam nei lah teman-teman, mudah aku nak cakap bahawa dalam kehidupan bermasyarakat nei kadang-kadang kita perlu pandai bermain dengan bahasa untuk menjaga hati sahabat-sahabat,jangan hanya kerana mulut badan binasa, mulut nei sesuatu yang lebih tajam daripada pedang ' terlajak perahu bisa di undur,terlajak kata-kata badan binasa' pepatah nei kita mesti pasak di dalam hati andai ingin diri di hormati dalam kehidupan.
Hakikat sebenarnya aku bukanlah orang terbaik untuk mengatakan manusia di luar sana tidak ramai yang caknakan saudara semuslim kita, ingat yer cakna terhadap saudara muslim bukan bermakna cakna terhadap syria sahaja, bahkan banyak lagi yang menimpa nasib yang sama cuma kita yang tidak ambil cakna tentang saudara kita, jangan lupa teman-teman semalaysiaku di malaysia juga ada insan-insan yang kurang upayanya yang memerlukan bantuan dari kita untuk meneruskan kehidupan mereka, samaada dari segi kewangan ataupun dorongan semangat yang jitu dari kita.
![]() |
| adik adam haikal |
insyaALlah teman-teman untuk cerita aku yang seterusnya aku akan bawakan untuk teman- teman kisah kehidupan adik Adam Haikal yang menghadapi menyakit kronik yang di jaga oleh seorang ibu angkat yang tabah . nantikan coretan aku yang seterusnya insyAllah. :)
~ cerita dari hati insyAllah :)

Salam .. Tahniah saudara sbb dapt rezki bljar d luar negara .. Trima kash krana brkongsi pnglmn d jordan dan manis srta sush hdup mnusia .trutama ttg si kecil yg d uji. Tahniah .. Truskan prjuangn , saudara . semoga disayangi Allah
BalasPadamSalam .. Tahniah saudara sbb dapt rezki bljar d luar negara .. Trima kash krana brkongsi pnglmn d jordan dan manis srta sush hdup mnusia .trutama ttg si kecil yg d uji. Tahniah .. Truskan prjuangn , saudara . semoga disayangi Allah
BalasPadamwaalaikumussalam. terima kasih atas segalanya, hanya nei yang mampu.
BalasPadam