Sabtu, 21 Mac 2015




 









      Alhamdulillah, khabar gembira buatku dan sahabat, papa Arrayan bagitahu yang Arrayyan dah selamat di operate hari khamis lepas 19/3/15 , dan dah stabil, tapi Arrayan masih lagi bergantung dengan tiup pernafasan untuk bernafas sebab doktor kata paru-paru Arrayan terkesan sebab dah terlalu lama mengunakan oksigen.  insyaAllah semoga Arrayan cepat pulih.



andai sape2 yang nak menderma bolehlah terus hubungi papa Arrayyan
0134070470 ataupun bank in terus ke akaun bank ibu Arrayyan





     semoga coretan ini memberi manfaat buat si anak syurga ini.

Isnin, 9 Mac 2015

kalam yang menyentuh hati sang perihatin~~~





    asslamualaikum sahabat2 ...



    selawat dan salam ke atas junjuangan nabi MUHAMMAD S.A.W, , alhamdulillah sampai ke hari ini kita diberi lagi peluang untuk menghirup nafas segar kurniaan Illahi, kesihatan   fizikan dan mental yang boleh di katakan perfect.


    hari ini aku tidak mahu bercerita panjang, aku hanya nak bercerita tentang adik arrayyan, dia adalah  pemimpin tangan ibunda dan ayahdanya kesyurga suatu hari nanty insyaAllah. aku mengenali ayah arrayyan hanye melalui muka buku... ayahdanya add aku kat fb selepas aku post artikel pasal adik adam haikal yang mengidap penyakit kronik  yang lepas. masa tu aku dah mula rasa sesuatu yang bakal buatkan hatiku terasa sebak sehingga tak mampu untuk berkata apa2.


     aku seorang yang jenis sedikit berhati hati untuk approve friend kat fb... tapi bila aku mula membuka friend request yang bernama Mohd Yazid Syakeyra aku mula terasa sesuatu , ya!!! dia adalah ayah arrayyan, titisan air mata
 jatuh ke pipi selepas melihat gambar  pertama di fbnya.

     sebaik sahaja aku approve aku terus bertanya bapanya tntang arrayyan, soalanku di jawab ayah
 arrayn
 " sekarang hanya menunggu keputusan IJN,  ... umurnya sekrang baru 3 bulan lebih, dah 2 bulan dalam
 ICU
di hospital sultanah bahiyah alor star dan akan di bawa ke IJN untuk operate" - jawab ayah adik arrayyan.


      perkara yang  paling menyayat hati aku adalah ayah dia kata arrayyan adalah anak pertamanya
... bayangkan shabat2 
anak pertama yang di lahirkan dalam keadaan begitu ... ya Allah ini ujian bagi mereka, 
andaikata kita di uji sebegini macam mne keadaan kita agaknya? mampukah kita?? 







  

      yaaaaa!!!! ini lah adik arrayan, tentunya berat mata kita untuk menatap mata anak kecil dalam
 keadaan yang 
sebegitu bukan? yerrr, memang berat, tapi bayangkan mcam mne beratnya seorang ibu dan ayah
 melihatnya setiap hari
harapn mereka hanya satu, nak adik arrayyan sembuh. nak melihatt adik arrayan  sihat macam anak2
 kecil yang lain.
 mahu melihat senyuman adik arayyan. itulah harapan mereka wahai sahabat sahabat ku. 



sambil aku menaipkan risalah ini aku terus mendapat msj dari ayah arrayyan bahwa adik arrayyan 
mengidap penyakit2 seperti berikut 

1)Jantung berlubang atas n bawah..
2)Injap utama sempit...

3)Arteri terbalik (saluran darah n oksigen) 4)Jantung berwarna biru... 5)Jantung xnormal...



ayah arrayyan juga bagithu aku yang adik arrayyan depends 24 jam dengan bantuan pernafasan. ya Allah , sungguh besar ujian keluarga ini. 


untuk pengetahuan sahabat, adik arrayyan akan di operate dan kos utk operation menelan belanja sebanyak RM30,000 . sape2 yang nak menderma bolehlah salurkan kat nombor akaun bawah nei 


semoga penulisan aku nei memberi manfaat buat keluarga adik arrayyan, kami mahu adik arrayyan sembuh!!!


untuk sbrang pertnyaan boleh lah rujuk ke fb ayah arrayan https://www.facebook.com/sha.keyra.1

ataupun ke fb saya   https://www.facebook.com/azhan.zakaria.3

#spe2 yang bca boleh share untuk tatapan sang perihatin.









~ penulisan dari hati~

Jumaat, 6 Mac 2015

bukan aku yang pinta~~




          assalamualaikum... salam osem untuk sahabat2~


   alhamdulillah hari ini aku di beri lagi kekuatan untuk meneruskan kalamku untuk di catit di lembaran kertas ini. Allah masih kurniakan aku nikmat udara untuk bernafas dan nikmat kesihatan untuk aku meneruskan penulisan aku ini. andai di hitung akan nikmatnya yang aku terima selama ini sesuangguhnya aku mungkin bakal menjadi gila kerana terlampau banyak nikmat yang aku terima sehingga tidak terkira dek akal.

    sebagaimana yang aku janjikan dalam coretan aku sebelum nei bahawa untuk coretan aku yang seterusnya  aku akan merungkai dan menulis di lembaran kertas aku nei cerita berkaitan dengan adik adam haikal, hari ini insyAllah aku akan merungkai sedikit cerita tentang anak syurga nei.

adik adam haikal tidak pernah melupakan senyuman dibibir walaupun keadaanya yang selalu sakit
   

      kisah adam haikal nei aku selalu gak follow2, aku follow melalui mak angkat dia sendiri, apa yang aku tahu adam haikal nei anak istimewa yang di tinggalkan oleh mak dia sendiri dan tidak mahu bertanggungjawab atas diri adam,  alhamdulillah adam haikal di kurniakan ibu angkat yang tabah untuk menjaganya. wlaupun adam bukan anak kandungnya tapi adam haikal di jaga seolah olah adam itu lahirnya dari rahimnya sendiri, sungguh mulia hatinya sehingga sanggup menghabiskan duit beribu ribu demi menjaga seorang anak kelainan upaya yang bernama adam haikal ini.,  MAMA EZZYA, ini lah dia nama si penjaga adam yang mulia itu,

kemesraan adam dan mama ezzyaterserlh di mana mana
  Adam mengidap penyakit kronik sejak daripada di lahirkan lagi, adam mengalami kerosakan buah pinggan sejak di lahirkan,bukan itu sahaja adam juga mengidap penyakit  hydrocepfalus, iaitu berkumpulnya cecair di dalam kepala adam menyebabkan kepala adam jadi membesar lebih daripada saiz biasa. terkesan daripada kerosakkan kedua dua buah pinggang adam menyebabkan adam mengalami kelumpuhan dan mengalami masalah untuk berjalan. peritkan ??? sungguh tabah mama eyzza kerana dapat menjaga anak syurga macam adam haikal nei. semoga Allah sembuhkan adam haikal dan kurniakan keberkatan dalam keluarga mama eyzza. 



    Buat masa sekarang, dalam usaha untuk menyembuhkan buah pinggang adik adam, mama eZZYA terpaksa menggunakan CPD, Iaitu sejenis alat berupa tiub yang di masukkan melalui anu adam untuk mengeluarkan cecair yang bertakung dalam kepala adam haikal yang sudah bercampur dengan urine adik adam, bayangkan keperItan adam setiap kali tiub di masukkan ke dalam anunya, ya Allah sungguh cekal adam haikal. tapi mama eezzya tak pernah berputus asa, mama ezzya kena kuat untuk melihat adik adam kuat walaupun hatinya selalu menangis tatapi di depan adam mama ezzya lah orang yang paling kuat baginya. mama tak leh lemah, nanty adam pun lemah jugak... mama kan superwomen :) . 
reaksi adam setiap kali di lakukan CPD :(


    coretan mama ezzya selalu mendapat perhatian dari seluruh masyarakat yang perihatin. luahan hatinya di sambut oleh pelbagai lapisan masyarakat. mama ezzya selalu update gambar adam yang tak pernah berputus asa itu kat fb, klau nak tengok perkembagan adam setiap hari korang semua boleh tengok kat sini https://www.facebook.com/eezza1 , fb mama ezzya yang selalu di penuhi warga2 yang perihatin terhadap anak syurga ini.


   sebelum aku lupa kan .adam juga pembawa thalassmia....setiap 3 bln adam plu utk trnfuse darah...bila darah putih tingi darah merah kurang...adam akn lemah x brdaya....setkat 2 thun ini... mama ezzya tlh mmbawa adam mndapat n rawatan thalassmia di DEMC.... di situ mama ezzya  trpksa mnguna kan kos yg tingi utk.merawat thalassmia adam...setiap 3 bulan bila sampai masa utk.trnfuse darah... 5-6k akn d plu kan, mama ezzya akan usaha gak cari duit kat mana2 pun demi anak angkat dia, ya Allah mulianya hati dia kan...itu lah hati seorang ibu, hati yang membelai walaupun dirinya keletihan. mama ezzya tak pernah berputus asa. mama ezzya superwomen kan. :)



   untuk makluman sahbat2 mama ezzya bukanlah orang yang terlalu senang, sebab itu lah mama ezzya sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit untuk anak syurganya, so klau sapa nak menderma kat mama ezzya boleh lah bank in kan terus kat mama ezzya.  











 semoga coretan aku kali ini memberi manfaat untuk sahabat2 dan mama ezzya sendiri, semoga tabah mama ezzya dan fmly, semog dpt kberkatan dunia dan akhirat.... amin!!!



 hidup superwomen!!!!!!

Khamis, 5 Mac 2015

kehidupan sang pencari






       

     Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman,


        Hai teman-teman dan sahabat-sahabat sekelian!!! , apa yang aku katakan dalam tajuk kali  nei mungkin ada hubungkaitnya dengan kehidupan aku, perjalanan hidup aku hampir semua di penuhi ujian, betul lah kan? tanpa ujian manusia takkan mengenal erti kematangan dalam kehidupan. sebenarnya orang lain pun hadapi ujian dalam setiap detik kehidupan mereka tapi mereka tak sedar bahawa apa yang mereka hadapi tuh adalah suatu ujian. bagi mereka apa yang mereka dapat tuh musibah yang bakal merosakkan kehidupan mereka tapi hakikatnya tidak kerana itu adalah suatu ujian yang  membolehkan mereka terus bersemangat untuk menghadapi liku- liku kehidupan yang bagi aku penuh dengan cabaran dan dugaan, percayalah setiap apa yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri dan ada nilai-nilai kebaikkan andai kita renungkan dan fikir-fikirkan dengan hati yang waras ... bak kata pepatah 'ADA UDANG DI SEBALIK MEE' :)  kalau pikir2kan kenapa dalam mee tuh ada udang? mesti nak bagi mee tuh sedap kan? hehehe~




     Rata-rata manusia zaman sekarang selalu menyalahkan tuhan andai gagal dalam kehidupan, RILEK LAH BRO!!!!! tu baru permulaan hidup kau, kita tak tahu esok apa yang akan jadi kat kita. mungkin hari ini kita gagal tapi esok kita berjaya, bak kata 'ustazah' aku dulu  " semuanya dengan izin Allah" kuang3~



   Alhamdulillah sekarang aku dah berjaya melanjutkan pelajaran kat Timur Tengah , banyak aku belajar kat sini, cara berkawan, bagaimana itu musuh dan bagaimana itu kawan.  pengalaman yang paling aku suka yang paling banyak aku belajar kat sini adalah erti belas kasihan dan erti kemanusiaan, aku kat sini di beri peluang untuk menyertai  misi kemanusian untuk bantuan kepada pelarian-pelarian syria, kat tempat aku belajar nei  ramai pelarian-pelarian syria masuk ke sini selepas  revolusi yang berlaku kat syria pada 15 mac 2011 dulu, sampai sekarang rakyat-rakyat syria semakin berpusu-pusu masuk ke negara ini kerana kekejaman basyar al-asad yang semakin hari semakin menjadi-jadi. kekejamannya menusuk sehingga di rasai ke tulang anak-anak Syria yang tidak berdosa.


    Di jordan nei ada satu kem yang di namakan kem zaatari, 10 km dari sempadan syria, kem nei boleh di katakan antara kem yang terbesar di jordan yang menempatkan pelarian syria yang terkesan dengan revolusi syria pada tahun 2011.  Sehingga ke hari ini pelarian syria yang masuk ke Jordan nei dah hmpir mencecah 250 ribu dalam satu-satu masa, bayangkan satu kem yang memuatkan angka sedemikian mesti  susah untuk kita  mengagak keluasan tanah dan kepadatan kehidupan mereka kat sana.



     sepanjang aku mengikuti perjalanan misi kemanusiaan kat sini aku jumpa pelbagai ragam manusia, maklumlah apabila kita berdepan dengan ribuan manusia kan mesti banyak ragamnya bak kata pepatah  ' Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam' . so, apa yang kita boleh ikut kita ikut jer lah, ape yang memang terang lagi bersuluh salah tuh ambik letak kat tepi, bak kata kawan-kawan kami yang masyhur kat sini ' dengar boleh percaya jangan'  ki3~



   macam nei lah teman-teman, mudah aku nak cakap bahawa dalam kehidupan bermasyarakat nei kadang-kadang kita perlu pandai bermain dengan bahasa untuk menjaga hati sahabat-sahabat,jangan hanya kerana mulut badan binasa, mulut nei sesuatu yang lebih tajam daripada pedang ' terlajak perahu bisa di undur,terlajak kata-kata badan binasa'  pepatah nei kita mesti pasak di dalam hati andai ingin diri di hormati dalam kehidupan.


    Hakikat sebenarnya aku bukanlah orang terbaik untuk mengatakan manusia di luar sana tidak ramai yang caknakan saudara semuslim kita, ingat yer cakna terhadap saudara muslim bukan bermakna cakna terhadap syria sahaja, bahkan banyak lagi yang menimpa nasib yang sama cuma kita yang tidak ambil cakna tentang saudara kita, jangan lupa teman-teman semalaysiaku di malaysia juga ada insan-insan yang kurang upayanya yang memerlukan bantuan dari kita untuk meneruskan kehidupan mereka, samaada dari segi kewangan ataupun  dorongan semangat yang jitu dari kita.   

 adik adam haikal



  insyaALlah teman-teman untuk cerita aku yang seterusnya aku akan bawakan untuk teman- teman kisah kehidupan adik Adam Haikal yang menghadapi menyakit kronik yang di jaga oleh seorang ibu angkat  yang tabah .  nantikan coretan aku yang seterusnya insyAllah. :)

~ cerita dari hati insyAllah :)
 

Rabu, 4 Mac 2015

BERJALAN MENYUSUR MENCARI KEHIDUPAN~~~





     Assalamualaikum... salam persahabatan buat teman~teman, hari ini aku bagaikan hidup kembali dari kematianku, aku bagaikan baru kluar dari kepompong yang aku sendiri ciptakan, aku terasa terkurung dalam dunia sendiri, aku bagaikan tidak bebas dan tak yakin dengan apa yanga aku ada, hari ini aku memulakan langkah untuk mencari kembali kehidupanku yang pernah ku lalui dulu, kehidupan yang aku pernah impikan kecantikan,kemesraan, keseronokkan dan keselesaan.

   Dulu aku pernah menulis, aku pernah ada blog sendiri ,tapi selepas aku mula menjangkau usia remaja aku jadi malas nak buat semua nei, malas nak fikir pasal isu semasa, malas nak berkawan, malas nak menaip .. hu3~~~  yang menjadikan aku malas adalah selepas aku mula rasa yang menulis nei takde benefit langsung untuk aku..

   Dulu aku tak pernah menghargai penulisan, yang  aku tahu hanya caci maki kat orang yang aku  tak suka, biasa lah kan zaman tak matang nak di katakan, :)


  Sekarang aku ingin mencari semula keseronokkan yang aku pernah dapatkan dulu, tapi dulu mungkin aku seronok dengan mencipta ayat makian, tapi hari ini mungkin aku nak berseronok dengan membuatkan teman~ teman aku seronok dengan bahan bacaan aku. semoga hati aku thabat dan cekal dan penulisan yang tak pernah aku hargainyaa masa dulu.


   Masa telah mengubah banyak benda dalam kehidupan aku, aku kini sudah bergelar mahasiswa timur tengah , mungkin aku juga perlu berubah ke arah pemikiran mahasiswa. kehidupanku Alhamdulillah selesa buat masa sekarang dan aku bersyukur aku sedar dari tidur sebelum aku hanyut di badai ombak. huhuhu. bermadah lah pulak aku nei. blog nei aku buat bukan nak buat ayat~ayat makian macam dulu, tapi kalau boleh aku nak isi blog aku nei dengan kata- kata hikmah yang aku mungkin ciptakan sendiri untuk aku terus bersemangat menempuhi cabaran dunia yang penuh cabaran buat aku ini, mungkin dalam blog nei pun aku akan selitkan kisah~kisah menyayat hati saudara~saudara kita yang kurang bernasib baik, contohnya mcam keadaan pelarian syria kat tempat aku belajar nei. banyak yang aku boleh kongsikan, klau catatan aku nei aku update setiap minggu mungkin dengan benda nei aku boleh bercerita kat teman~teman aku di hari tua kelak. :)

'MUDA ADALAH MASA YANG TIDAK BOLEH DI UNDURKAN ANDAI TERLEPAS WALAUPUN SEDETIK'

     Betulkan? bayangkan kalau hari ini kita isi waktu  muda remaja kita dengan hanya keseronokkan dunia, mungkin tu cuma untuk hari nei jer, esok lusa kita tak tahu macam mana keadaan kita, suka ataupun duka, kemungkinan kita bakal merindui detik waktu muda kita. klau macam tu, sekaranglah masanya untuk kita penuhi masa kita dengan sesuatu yang berfaedah, mungkin dunia penulisan bagi orang luar mereka rasa kita sedang membazirkan waktu kita dengan benda yang tak berguna, tapi bagi kita apa yang kita tulis itu lah saksi buat kita sebab tu lah sebelum kita nak menulis benda kita pikir betul betul, bukannya tulis ikut hati jer.

  Aku rasa cukuplah celoteh aku untk hari ini. doakan aku berjaya yer, aku pun manusia biasa gak yang penuh dengan titik~titik hitam di hati, he3....


    bye3~~ sekian, akhukum fil islam az..hambafakir.....


#jadi diri sendiri, jangan terlalu berlakon dalam kehidupan #